Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, February 17, 2013

4 maut nahas berasingan

 KUANTAN-
 Mendukacitakan apabila empat termasuk seorang wanita warga emas dilaporkan terkorban dalam nahas berasingan yang dilaporkan berlaku kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang di Kilometer 26 Jalan Jerantut-Temerloh dekat Temerloh, seorang warga emas, S Meenachi, 76, dari Taman Bukit Sireh, Kelantan mati di tempat kejadian apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan kereta  membabitkan empat kenderaan.
kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Caldina yang datang dari arah Temerloh menuju ke Jerantut terbabas masuk ke  laluan bertentangan lalu merempuh sebuah Proton Wira,akibat pelangga-ran itu, MPV terbabit bertembung pula dengan Perodua Myvi  dinaiki mangsa yang mengekori belakang Proton Wira tersebut.
“Kereta dinaiki mangsa berpusing beberapa kali sebelum merempuh Toyota Vios yang berada di belakang,”

Dalam kejadian berasingan, seorang peniaga pasar malam, Fazwan Hazrane Mohd Faizul, 31,  maut selepas van yang dipandunya melanggar bahagian belakang treler  di Batu 6 Jalan Kuantan-Gambang kira-kira jam 4.55 petang, kelmarin.

“Mangsa yang tersepit di tempat pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ,kejadian dipercayai berlaku apabila  mangsa yang datang dari arah bandar Kuantan menuju ke Gambang gagal mengelak treler yang keluar dari simpang  lalu merempuhnya.

Sementara itu, seorang penunggang, P Thangarajoo, 37, terbunuh selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 8.5 Jalan Bentong-Raub, dekat Bentong., dalam kemalangan kira-kira jam 5.30 pagi, bas terbabit dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Kuala Lumpur manakala mangsa menunggang dari arah bertentangan.

“Bas terbabit dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal mangsa,

“Mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menerima rawatan di Hospital Bentong

Nasib malang itu turut menimpa seorang  remaja, Al-Anas Zulkepli, 18, dari Felda Chini, Pekan apabila turut maut selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah kereta jenis Proton Wira di Kilometer 3 Jalan Chini-Kuantan, dekat Pekan, malam kelmarin.
“Dalam nahas kira-kira jam 10.45 malam itu, mangsa yang  tercampak ke atas jalan cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia   dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Pekan Chini,,punca kemalangan yang meragut nyawa empat pengguna jalan itu masih dalam siasatan.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis