Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, January 21, 2013

William Yau hilang', bukan diculik


SHAH ALAM - Misteri kehilangan seorang kanak-kanak berumur enam tahun, William Yau Zhen Zhong masih diklasifikasikan sebagai kes 'orang hilang' dan bukan culik,
kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli.
  
Beliau berkata, ini kerana tiada sebarang wang tebusan diminta daripada keluarga mangsa sehingga kini.
  
Katanya, polis percaya ada individu telah menemui Zhen Zhong yang dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya Rabu lepas, sebelum menyembunyikan kanak-kanak itu.
  
"Polis juga menerima banyak panggilan daripada orang awam berhubung kes ini dan tiga panggilan yang diterima menyatakan mereka ternampak kanak-kanak tersebut tetapi selepas siasatan dijalankan ia adalah tidak benar.   
"Selain mengedarkan gambar mangsa, sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak dikenali sebagai talian NUR Alert sudah diaktifkan," katanya kepada pemberita di rumah keluarga kanak-kanak itu di Seksyen 25, di sini semalam.

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengadakan lawatan ke rumah keluarga mangsa.
  
Pada Rabu lepas, anak kedua daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights dekat sini apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.
Sumber

1 comment:

ShareThis