Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, January 29, 2013

Waris tampil cam mayat

BENTONG - Polis menjalankan pelbagai usaha bagi mengesan waris mayat lelaki reput yang ditemui di bawah jejantas
Berjaya Hill Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur, 18 Januari lalu.
, selepas hebahan dibuat termasuk menerusi bantuan media, waris yang mempunyai anggota keluarga hilang tampil membuat pengecaman di hospital.

Bagaimanapun katanya, pengecaman tidak dapat dibuat secara terus memandangkan mayat dalam keadaan reput dan sukar dikenal pasti.

“Susulan itu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang boleh dipadankan dengan waris dijalankan.

“Keputusan yang diperoleh itu nanti akan menentukan sama ada mayat ditemui merupakan ahli keluarga kepada mereka yang tampil atau sebaliknya,”Dalam kejadian 18 Januari lalu, mayat lelaki reput ditemui seorang penduduk yang kebetulan lalu di kawasan itu kira-kira jam 3.30 petang.

Mayat ditemui dalam keadaan dibungkus menggunakan kain cadar dan bahagian kepala diikat dengan plastik hitam, dipercayai dicampak dari jejambat Berjaya Hills ke bawah.

Manakala terdapat anggota badan yang tiada iaitu bahagian kedua pergelangan kaki ke peha dipercayai digigit haiwan.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis