Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, January 26, 2013

Wardina Safiyyah: 'Rasulullah prlu diingati tiap hari!'

Wardina menegaskan, setiap Muslim harus mempunyai pengetahuan dan pemahaman mengenai  Islam, terutamanya mengenal ALLAH SWT dan Rasul
.“Cara untuk kita menunjukkan kasih dan cinta kepada Rasul dan ALLAH SWT melalui penghayatan  sunnah setiap hari.

“Tetapi bagaimana kita nak lakukannya jika tidak kenal Rasulullah SAW dan ALLAH SWT?,” katanya.

Wardina berkata, usianya menginjak 33 tahun barulah dia faham mengenai kisah nabi, dan saat itulah dia merasakan dirinya sangat jahil.

Antara surah yang berbekas di jiwa Wardina adalah surah Kahfi, Ayat 100 yang bermaksud, ‘Dan Kami perlihatkan neraka jahanam, pada hari itu, kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata’.

Katanya, ayat tersebut  mengingatkannya supaya yakin dengan hari pembalasan (kiamat) kerana akhlak dan adat umat Islam sekarang, tidak menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang Muslim sejati.

Pilih rancangan agama

Beralih mengenai karier seninya, ibu kepada tiga cahaya mata, Amna Nafeesa Ikhwan, 10, Azra Sareera, 7, dan Imran Arrazi, 5, bijak mengatur jadual harian agar mempunyai masa bersama keluarga, selain tugas sebagai pengacara dan penulis buku.
Katanya, dia selesa mengacara program televisyen, al-Hidayah yang bersiaran setiap Jumaat, iaitu rancangan keagamaan khas untuk golongan hawa.

“Sesuai dengan jiwa saya. Saya sangat selesa dan serasi mengacarakan program sebegitu,” katanya.

Selain itu, Wardina juga menggalas tanggungjawab sebagai pelajar sepenuh masa dalam bidang psikologi, membuatkannya tidak menang tangan menguruskan rumah tangga.

Baginya, tugas sebagai pengacara tidak menghalang dia untuk bergiat menyertai pelbagai program kemasyarakatan bersama badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Wardina juga gemar menghabiskan masanya menyertai program-program ilmu dan agama secara tidak formal untuk memantapkan diri sebagai seorang Muslimah sejati.

Secara tidak langsung, Wardina tidak jemu untuk bertemu dengan mereka yang dahagakan ilmu dan kebenaran kerana merasakan golongan tersebut sebagai individu sangat baik dan memberikannya inspirasi.
Antara falsafah hidup Wardina ialah, ‘Untuk berjaya di dunia kita memerlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat juga kita memerlukan ilmu, untuk berjaya dunia akhirat kita amat memerlukan ilmu’.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis