Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, January 23, 2013

Usaha cari arwah berakhir


 KOTA TINGGI - Misteri kehilangan anak ketiga pasangan warga emas yang tidak pulang sejak seminggu lalu, berakhir dengan

 
 penemuan mayat lelaki tanpa identiti yang dijumpai seorang kaki pancing di tebing Sungai Johor, Jumaat lalu.

Mayat itu dikenal pasti anak kepada pasangan suami isteri dari Felda Inas Kulaijaya, Ismail Iswandi, 59, dan  Saamah Khamis, 54.
anak ketiganya daripada lima beradik yang hilang sejak 15 Januari lalu, Abdul Rashid, 31.

“Segala usaha mencari arwah selama ini berakhir, apabila kami terdengar cerita mengenai penemuan mayat di Sungai Johor. Arwah dikebumikan di Felda Inas,” katanya.

Ismail turut berharap kereta Proton Iswara berwarna putih bernombor pendaftaran WDQ 341 milik keluarganya yang digunakan Abdul Rashid akan ditemui dalam masa terdekat.

Sementara itu, Siti Khatijah berkata, kali terakhir arwah suaminya keluar dari rumah di Felda Inas, Kulaijaya ialah pada jam 5.30 petang, 15 Januari lalu.

Suaminya seorang pemandu lori kedai perabot berhampiran sebuah pasar raya di Kulaijaya, dikahwini sejak tiga tahun lalu.

"Ketika itu, arwah suami saya keluar dengan memandu Proton Iswara berwarna putih dan memakai baju T merah serta seluar jean.

“Selalunya jika arwah suami ke Kulaijaya untuk berjumpa dengan kawannya, dia akan pulang sebelum tengah malam, namun pada hari itu dia tidak pulang,” katanya yang belum dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu, kira kira jam 8 pagi, Jumaat lalu, seorang pemancing yang sedang mencari umpan di Sungai Kubu, menjumpai mayat lelaki yang dihurung biawak.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis