Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, January 6, 2013

Tuah Noor krana tudung


NOORKHIRIAH tidak perlukan kontroversi atau banyak publisiti untuk kekal dalam minda peminat. Terkesan dengan emosi yang ditinggalkan dalam setiap lakonan yang dipersembahkan, namanya dikira indah sebagai salah seorang pelakon berkaliber dalam industri tanah air.

Trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2007 menerusi drama Nek Kiah dan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2010 (Antara Garisan) antara bukti pencapaian yang ditempanya. Biarpun kini sudah bertudung, tiada alasan untuk wanita berstatus ibu kepada dua putera itu untuk berundur.
“Setiap kali saya bercakap tentang hendak mengurangkan kerja lakonan semakin murah pula rezeki yang datang. Saya kena bersyukur, dahulu mungkin ruang untuk saya (berlakon) agak terhad kerana perubahan imej, rupa-rupanya sangkaan saya itu meleset. Selepas ini saya tidak akan mengulangi cakap-cakap sebegitu. Saya akan tutup mulut dan serahkan kepada ketentuan Ilahi sahaja,” luah pelakon yang mesra membahasakan diri sebagai Noor itu optimis.
Baru sahaja pulang dari Abu Dhabi dan Dubai kerana mengikuti penggambaran drama terbitan Zeel Production, Noor berterima kasih kepada pemilik rumah produksi berkenaan kerana memberikan kepercayaan untuknya terlibat dengan produksi drama di luar negara.
“Itulah kali pertama saya terlibat dengan penggambaran drama di luar negara. Di sana saya terlibat dengan dua drama Cinta Di Saadiyat dan Cinta Di AlBurj. Seronok kerana diberi kepercayaan sebegitu,” ujarnya Noor yang kembali berbunga di hati peminatnya melalui drama Debunga Lalang.
Siri drama terbaharu yang mula disiarkan sejak 2 Januari terbitan Asia Media Content itu mengisahkan Saodah lakonan Ku Fridah seorang janda kaya yang mempunyai dua orang anak perempuan, hasil daripada dua perkahwinan yang berbeza bernama Aishah (Noorkhiriah) dan Khatijah (Wan Sharmila).
Aishah berkeperibadian lembut dan sudah berkahwin Halim (Zul Ariffin), seorang lelaki kampung yang bertanggungjawab dan kuat berusaha. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan, Alia dan Arina. Aishah dan Halim bahagia walaupun hidup serba sederhana manakala Khatijah pula hidup mewah namun tidak dikurniakan anak.
Turut diperkuatkan oleh Zul Ariffin, Tunku Hanis, Esliza Loy, Faralyna Idris, Ungku Ismail, Delimawati, Maizatul Rafika, Dzreena Delaila dan Hanafi Rahmat, Debunga Lalang disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 4 petang menerusi slot Azalea di TV3.
“Watak saya masih seorang wanita malang yang selalu dalam kesedihan. Bila mula-mula dapat skrip, saya sedikit berat hati kerana asyik dapat watak yang sedih-sedih, tapi bila masuk ke lokasi, hati saya tersentuh dan jatuh cinta dengan Aishah. Saya mahu jadi wanita sepertinya, dia baik hati, lemah-lembut dan cukup mulia.
“Saya sendiri rasa drama itu sangat menyentuh hati, bukan kerana pengarahnya, Azma Aizal Yusoof memang selalu bekerjasama dengan saya tapi drama itu memang sesuatu,” katanya yang berkira-kira mahu mengurangkan aksi komedi dalam kerja lakonannya.
“Itu perasaan yang terbit daripada hati saya, sebenarnya saya bukan pelawak tapi kalau rezeki masih cenderung ke arah itu, apa yang boleh saya lakukan,

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis