Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, January 30, 2013

Tragedi awal pagi, langgar tiang elektrik di Kilometer 80.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan

DUNGUN – 
Kegembiraan seorang pemuda selepas minum bersama rakan di sebuah kedai makan bertukar tragedi

apabila dia menemui ajal dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Kemalangan kira-kira jam 4.50 awal pagi semalam itu dipercayai berlaku ketika Mohd Rizuan Rosli, 22, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jerangau Sungai selepas minum bersama rakannya di sebuah kedai di bandar Dungun.

Sampai di Kilometer 80.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Proton Wira Aeroback dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan selepas melalui satu selekoh lalu terbabas sebelum melanggar tiang elektrik.

Mangsa yang merupakan OKU tersepit dalam keretanya yang remuk itu sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun tiba untuk memberikan bantuan.

Mohd Rizuan yang kudung kaki kiri mati serta merta di tempat kejadian selepas cedera teruk pada bahagian kepala.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis