Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, January 2, 2013

Tragedi ambang 2013, peniaga sate maut kereta putus dua

 SETIU – Seorang peniaga sate maut apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah bas ekspres dalam kemalangan di Kilometer 52.2 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di kawasan Kampung Sungai Lerek dekat Sungai Tong menjelang tahun baru malam kelmarin
.Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, mangsa, Ghazali Muhamad, 67, mati di tempat kejadian apabila cedera parah selepas kereta dinaikinya terputus dua.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kemalangan itu berlaku apabila mangsa yang memandu seorang diri dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bharu dikatakan terbabas di lorong bertentangan.

Menurutnya, pada masa sama bas ekspres dari arah Kota Bharu cuba mengelak kereta tersebut lalu  masuk ke laluan sebelah kanan jalan namun kereta mangsa masuk semula ke laluannya menyebabkan kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung.

“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa merempuh bahagian sisi kiri bas dan diseret sejauh beberapa meter,” katanya.

Ab Rahman berkata, akibat kemalangan itu bahagian depan kereta mangsa terputus dua dan mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Bagaimanapun pemandu dan 30 penumpang bas yang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Johor Bharu dan Kluang, Johor itu tidak mengalami kecederaan,
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis