Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, January 6, 2013

Top 5 Kereta Paling Jimat Minyak Di Dunia

Sedang charging bateri
Kereta yang dicipta oleh syarikat automotif biasanya mengambil kira kuasa serta teknologi enjin dan keselesaan
. Maka di sana pertimbangan sudah tentunya pelbagai cita rasa sama ada kereta itu untuk keluarga seperti MPV atau SUV, atau sedan. Malahan hybrid dan kuasa elektrik juga menjadi pertimbangan. Namun paling penting kereta yang dipilih mampu membakar bahan api atau menggunakan kuasa elektrik serta gas dengan sempurna menjadi pilihan utama. Dengan kata lain kereta yang dipilih mampu menjimatkan minyak dan wang anda. Penilaian ini berdasarkan kepada kereta paling menjimatkan, walaupun harganya memang boleh tahan bagi pasaran tempatan, malah ada yang belum sampai ke Malaysia pun .

Mitsubishi i MiEV


Kereta elektrik terbaik di alam kelasnya. Mempunyai petroleum dan juga elektrik untuk mengerakkan kereta. Memang efisyen bagi menjimatkan minyak. Kalau tak salah kereta ini sudah diperkenalkan sejak tahun lepas, tetapi masih mendominasi kereta paling jimat minyak. 'EV' bermaksud Electric Vehicle'. Diiktiraf di USA sepanjang 2011 - hingga awal 2012 sebagai kereta paling cekap menggunakan bahan api. Namun apa yang paling penting pada pandangan kereta mesra alam ini, ianya lebih dari kereta hibrid. Anggaran harga di Malaysia RM150k ke atas.

Toyota Prius


Kereta Prius Plug In Hybrid, generasi ketiga (terbaru 2012), dijana menggunakan elektrik Atas kesedaran alam sekitar yang bersih Syarikat Toyota melancar Prius. Terjual di 70 buah negara. Jangan terkejut jika antara bahan dalaman Prius ini merupakan gentian kenaf dan rami melalui teknologi tinggi (bioplastik berasaskan tumbuhan ). Namun apa yang lebih penting ianya memang menjimatkan minyak di alam kelasnya. Kereta Prius memang sudah lama di pasaran Malaysia, dengan harganya 150 k ke atas.

Lexus CT 200h


Kereta hibrid elektrik mewah, terdapat empat versi iaitu Normal ,sport, eco dan EV. EV menggunakan elektrik sepenuhnya.Walaupun begitu harga di pasaran Malaysia memang tinggi dan Toyota mensasarkan penjualan kereta jimat minyak yang mewah ini untuk pasaran Eropah

Toyota iQ


Merupakan Car Of The Year 2008 di Jepun, memang merupakan kereta yang hampir sama dengan Mitshubishi MiEV. Dengan mementingkan konsep mesra alam serta penjimatan sumber bahan api versi EV,atau kenderaan elektrik di katakan akan dilancarkan pada Ogos 2012. Menurut sumber Toyota hanya 600 unit versi EV akan dibina dengan 400 unit untuk pasaran Jepun dan selebihnya untuk Eropah dan USA.

Ford Fiesta


Memecah dominasi Toyota, Ford Fiesta 2012 memang merupakan kereta paling efisyen di dalam bahan bakar yang sempurna,serta hibrid.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis