Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, January 31, 2013

Tiga lagi bangkai gajah ditemui

TAWAU – Kakitangan Jabatan Hidupan Liar Sabah menemui tiga lagi bangkai gajah pigmy atau Gajah Kerdil Borneo di kawasan Hutan Simpan Gunung Rara
, menjadikan kesemuanya 13 ekor haiwan itu ditemui mati di kawasan yang sama sejak dua minggu lalu.
Siasatan awal jabatan itu mendapati gajah-gajah tersebut juga dari keluarga yang sama dengan bangkai 10 gajah lain dengan punca kematian akibat termakan racun.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr. Laurentius Ambu ketika mengesahkan penemuan itu menjelaskan, bangkai tiga ekor gajah itu ditemui pukul 10 pagi semalam, kira-kira satu kilometer dari lokasi bangkai lain yang ditemui sebelum ini.
“Tiga bangkai gajah yang ditemui itu membabitkan seekor jantan dan dua betina. Kesemuanya dipercayai mati sejak seminggu lalu dengan keadaan bangkai telah reput,” katanya di sini semalam.
Difahamkan, kesemua 13 ekor gajah yang ditemui mati itu termasuk seekor anak gajah yang masih hidup merupakan sebahagian daripada kumpulan 20 gajah yang kerap dilihat di kawasan hutan simpan tersebut.
Laurentius tidak menolak kemungkinan kumpulan gajah tersebut telah memakan tumbuhan yang mengandungi racun ataupun telah diracun oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Punca kematian belum dapat dipastikan, tetapi banyak kemungkinan boleh dibuat termasuklah akibat penggunaan racun tikus.

No comments:

Post a Comment

ShareThis