Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, January 30, 2013

Tiang terperosok dalam kereta di Kilometer 94.5 Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth

KERIAN -

 Berpantang maut sebelum ajal. Walaupun sebuah kereta remuk teruk dipercayai terbabas dan merempuh tiang elektrik hingga menyebabkan tiang itu terperosok ke dalam kenderaan itu, pemandu dan penumpangnya hanya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian kemalangan di Kilometer 94.5 Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth (arah Utara),
Kemalangan yang berlaku lebih kurang jam 5.20 pagi itu melibatkan sebuah kereta Honda Jazz berwarna merah yang dipercayai dinaiki tiga mangsa bersaudara dari Taiping, yang terhumban ke dalam sebuah parit setelah merempuh sebuah tiang elektrik di tepi jalan.
, berdasarkan siasatan, kereta dipandu mangsa, Mohamad Rezal Supero, 48, berasal dari Batu Caves, Selangor dipercayai hilang kawalan setelah cuba mengelak binatang yang melintas dari arah jalan bertentangan secara tiba-tiba.
“Pada masa sama, keadaan jalan raya mengelirukan juga menyebabkan kereta dinaiki mangsa yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Kurau untuk memancing terbabas seterusnya melanggar sebuah tiang elektrik di tepi jalan.
“Rempuhan itu mengakibatkan tiang elektrik berkenaan patah dua sebelum sebahagiannya terperosok ke dalam kereta mangsa melalui cermin hadapan bahagian pemandu, seterusnya menyebabkan kenderaan itu terhumban ke dalam parit berdekatan,
Mat Fauzi berkata, pemandu bersama dua lagi mangsa berusia lingkungan 30-an hanya cedera ringan dan mereka sendiri mengakui tidak menyangka masih hidup setelah mengalami kemalangan pelik yang mengerikan itu.
  mangsa menceritakan kembali saat dia bersama dua penumpang  lain terpaksa tunduk ke bahagian bawah tempat duduk secara spontan setelah melihat serpihan tiang elektrik terputus dua itu terperosok masuk ke dalam kereta.
, kejadian itu turut menyebabkan sebuah treler mengalami kemalangan kecil susulan cermin hadapan kenderaan itu pecah setelah merempuh kabel elektrik yang meregang akibat kejadian tiang elektrik patah.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis