Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, January 13, 2013

Suami, isteri maut rempuh belakang lori


NILAI – Sepasang suami isteri maut setelah motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 276.2, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan,
semalam.

Dalam kejadian pada jam 8.10 pagi itu, motosikal jenis Suzuki Shogun 120 yang ditunggang mangsa itu dikatakan terbabas lalu merempuh bahagian belakang sebuah lori satu tan yang diletakkan di laluan kecemasan akibat kerosakan tayar di bahagian depan.

Jurucakap polis berkata, kedua-dua mangsa yang merupakan warga Indonesia berusia 30-an itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Katanya, mangsa yang tidak dikenal pasti identiti namun dipercayai bekerja kontrak di Seremban manakala isterinya, dikenali Rinaningsih dari Yogyakarta itu dikatakan sedang dalam perjalanan menghala ke selatan.

“Daripada hasil siasatan mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal lalu terbabas sebelum merempuh sebuah lori yang diletakkan di laluan kecemasan akibat kerosakan tayar di bahagian depan.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting ke atas jalan sebelum ditemui orang ramai dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurut jurucakap polis, kemalangan berlaku sebelum sempat mekanik menukar tayar yang rosak pada lori satu tan yang membawa barangan runcit terbabit.

“Ketika itu, kon kecemasan sudah diletakkan sebagai tanda amaran di laluan kecemasan, tetapi mangsa tidak menyedari lalu gagal mengawal motosikal yang ditunggang dan merempuh lori berkenaan.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk bedah siasat pada Isnin ini sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengebumian
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis