Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, January 13, 2013

Sempat mengucap di pangkuan bapa selepas nahas jalan raya di Kampung Kemumin,

 KOTA BHARU- Seorang bapa sempat mengajar anaknya mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya
, selepas remaja itu terlibat dalam nahas jalan raya di Kampung Kemumin, , pagi semalam.

Mangsa, Muhammad Zulyusri Naserudin, 15, yang menunggang motosikal jenis Honda bersendirian maut di tempat kejadian selepas terbabas dan melanggar tiang lampu.

Kejadian kira-kira jam 12.45 pagi, itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala.

Bapa mangsa, Naserudin Mohd Kasim, 47 berkata, dia hanya menyedari anaknya terlibat dalam kemalangan selepas dimaklumkan rakan anaknya yang menghubungi telefon bimbitnya.

“Saya tergamam seketika selepas menerima berita itu dan terus bergegas ke tempat kejadian dengan hanya berbaju kemeja T dan berkain pelekat.

“Tiba di lokasi, saya lihat keadaan anak saya yang parah di sebalik tiang lampu dan terus menerpa ke arahnya sambil memangku dia di atas paha yang ketika itu masih bernafas namun keadaannya lemah dan tercungap-cungap dan melihatkan keadaannya saya ajar dia mengucap,” katanya.

Naserudin berkata, sebelum kejadian, anak kedua dari empat beradik itu, tidak memberitahu kepadanya tujuan dia keluar, dan mengambil kunci motosikal sambil berlalu pergi.

“Saya pada mulanya tidak endah dengan keadaan itu, lagipun dia sering keluar rumah bertemu rakannya.

“Namun pada hari kejadian, saya sempat menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepadanya namun tidak dijawab olehnya, tidak saya sangka, sms yang tidak berjawab merupakan petanda yang dia akan pergi buat selamanya,” katanya.

Naserudin berkata, walaupun amat perit untuk menerima pemergian anaknya, namun dia redha dengan ketentuan Ilahi.

“Semasa hayatnya, dia seorang yang baik dan tidak pernah membantah atau melawan saya, dia juga rajin  membantu saya berniaga santan di kedai saya, di Padang Tembak,
 mangsa, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 (SMKPC 2) cedera parah dan mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian
untuk bedah siasat.

Mayat mangsa dituntut ahli keluarga jam 3 petang di HUSM sebelum dibawa pulang, untuk urusan pengebumian.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis