Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, January 25, 2013

rentung dalam kereta , dirempuh pacuan empat roda

 KLANG SELATAN - “Beberapa minit sebelum itu, Lavindra ada menghubungi
saya minta saya belikan petrol. Dia beritahu keretanya kehabisan minyak di lebuh raya Kesas,” kata Suren mengenai panggilan terakhir diterima daripada mangsa, S Lavindra, 25, yang meninggal dunia dalam kebakaran kereta,

Suren berkata, tiada apa-apa perkara pelik dimaklumkan mangsa melainkan agar cepat membelikan petrol.

"Saya segera ke stesen minyak di Bandar Puteri sebelum bergegas ke lokasi Lavindra berada namun saya rasa tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu berlaku apabila orang ramai mengerumuni keretanya.

"Bomba memaklumkan ada lelaki terbakar dalam kereta dan sebaik tahu nombor pendaftaran serta sah ia milik Lavindra, jantung saya bagaikan tercabut. Tidak sangka baru sekejap tadi dia menghubungi saya, kini dia sudah meninggal dunia,

Dalam kejadian lewat petang kelmarin, hasrat seorang penuntut tahun akhir jurusan Kejuruteraan Telekomunikasi sebuah kolej swasta di Cheras pulang menemui keluarga sempena cuti umum semalam tidak kesampaian.

Hasratnya berakhir tragedi menyayat hati apabila mangsa terbakar dan rentung dalam kereta di Kilometer 19.5 lebuh raya Kesas berdekatan susur ke Bandar Botanic dari arah Shah Alam menghala Pelabuhan Barat.

Dalam kejadiam kira-kira jam 4.20 petang itu, kereta mangsa dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan lain dipandu seorang wanita. rempuhan Toyota Fortuner itu menyebabkan Proton Saga yang dinaiki mangsa berpusing beberapa kali sebelum meletup. “Letupan itu disusuli dengan percikan api yang mula membakar belakang kenderaan dan mangsa dipercayai gagal keluar daripada kenderaannya kerana disyaki terhidu asap dan pengsan.
 mangsa meninggal dunia dalam keadaan tragis
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis