Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, January 30, 2013

Remaja maut dalam kemalangan di Jalan Bakri, Batu 3/4,

MUAR - Impian seorang remaja untuk melanjutkan pengajian ke menara gading tidak kesampaian apabila maut selepas terlibat dalam kemalangan di
Jalan Bakri, Batu 3/4, berhampiran sebuah stesen minyak di sini, awal pagi semalam.

Mangsa, Syaharuddin  Md Noh, 20, sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai bertembung dengan sebuah kereta dan sebuah motosikal lain.

Abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Fuad, 30an, berkata, adiknya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya di sebuah pusat boling, di sini.

“Arwah baru bekerja di pusat boling itu sementara menunggu keputusan STPM keluar.

“Dia (Syaharuddin) seorang adik yang baik, pelajar yang bijak dan taat kepada kedua ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata, sebelum kejadian, Allahyarham adiknya ada menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran hingga ke universiti, namun semuanya tinggal kenangan.

Sementara itu, pekerja stesen minyak yang  mahu dikenali sebagai Syam, 25, berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam premis berkenaan.

Dia yang merupakan saksi kejadian berkata, dia terdengar bunyi dentuman kuat seterusnya keluar melihat dan mendapati mangsa sudah terbaring di atas jalan, manakala sebuah kereta jenis Myvi putih berhenti dan kemudian berlalu pergi.

“Ketika itu ada beberapa pengguna jalan berkenaan turut berhenti dan mereka kemudiannya menghubungi ambulan serta polis,”
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis