Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, January 6, 2013

Pnyanyi lama kaut untung lbih banyak

 LOS ANGELES - Pemuzik rock dan pop legenda mengalahkan penyanyi muda yang lain dalam aspek perolehan pendapatan berdasarkan data yang dikeluarkan oleh majalah Pollstar.

Madonna, 54, mengungguli carta apabila memperoleh pendapatan sebanyak AS$296 (RM901 juta) hasil jualan tiket 88 konsert jelajah dunianya.
Dia mengalahkan penyanyi Bruce Springsteen, E Street Band dan pengasas kumpulan Pink Floyd, Roger Waters yang masing-masing mendapat keuntungan mencecah AS$210 juta (RM639 juta) dan AS$186 juta (RM566 juta).
"Walaupun lagu mereka tidak lagi menguasai carta muzik atau kerap berkumandang di radio, penghibur legenda masih mampu mencatat pendapatan tinggi kerana peminat boleh membayar harga tiket konsert yang mahal," kata editor Pollstar, Gary Bongiovanni.
Rolling Stones misalnya menjual tiket pada harga purata AS$529.51 (RM1,612) sekeping. Justeru, lima konsert jelajah pada November dan Disember 2012 sudah membolehkan Rolling Stones memperoleh pendapatan sebanyak AS$35.5 juta (RM108 juta).
Sebagai perbandingan, bintang remaja Justin Bieber yang mengadakan 35 konsert hanya berada di tempat ke-23 dengan pendapatan sebanyak AS$40.2 (RM122 juta).

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis