Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, January 19, 2013

PM jamin adil agih kek ekonomi

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa menjaga kepentingan orang Melayu
dan tidak pernah merampas serta menafikan hak orang bukan Melayu, khususnya dalam mengagihkan ‘kek’ ekonomi negara.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan bahawa kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan ekonomi negara berkembang agar kekayaan negara boleh dibahagikan secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Beliau berkata, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Projek Permulaan (EPP) yang dilaksanakan telah membuahkan hasil apabila negara ini menerima pelaburan yang tinggi dan kadar pertumbuhan ekonomi negara dijangka berkembang melepasi lima peratus.
“Dengan ini, kita boleh melakukan pengagihan semula dengan tidak menafikan hak orang bukan Melayu dan bukan Bumiputera, jauh sekali merampas apa yang ada pada mereka. Sebaliknya, kita boleh mengagihkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi itu kepada orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.

No comments:

Post a Comment

ShareThis