Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, January 26, 2013

Permintaan tinggi ikan sungai

Kerja menangkap ikan sungai Sungai Tembeling menjadi rutin harian, Adenan Nipah, 56,  yang tinggal di Kampung Tempan, Hulu Tembeling

Adenan yang memiliki permit menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan Pahang mengerah kudrat dan kemahirannya menangkap ikan sungai untuk menambah pendapatan keluarga dan membiayai persekolahan anak.

Menurutnya, kebiasaannya hasil tangkapan yang diperoleh adalah ikan patin, ikan jelawat, ikan temoleh, ikan lawang, ikan baung, ikan genahak dan spesies lain di perairan berkenaan.

Tambah Adenan, ikan kelah antara spesies yang mahal dan bermutu tinggi kerap ditangkap di sungai berkenaan, tetapi menyifatkan ikan itu agak sukar diperoleh sejak akhir ini.

“Kebiasaannya, rutin harian saya turun ke sungai pada waktu pagi, petang dan malam untuk menangkap ikan di sekitar jarak lima kilometer aliran Sungai Tembeling antara Kampung Tempan hingga Kuala Kenyam.
  menggunakan bot hentian kaca 40 kuasa kuda dan jaring untuk menangkap ikan di sungai

Boleh tahan juga rezeki yang diperoleh kerana ikan kelah dan ikan patin antara ikan yang bernilai tinggi, iaitu antara RM100 hingga RM130 sekilogram dan sesekali saya terpijak rezeki memperoleh RM800 sehari setelah ditolak (dijual) kepada pengusaha restoran dan resort Taman Negara di Kuala Tahan,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai nelayan sungai sejak 40 tahun lalu, berkata, harga ikan Sungai Tembeling sehingga kini mencecah antara RM15 hingga RM120 sekilogram apabila dijual di Pasar Bandar Jerantut dan pasar tani kerana permintaan tinggi daripada penggemar masakan tradisional Melayu Pahang.

“Purata pendapatan sehari saya antara RM50 hingga RM100 dan bolehlah membeli keperluan dapur, persekolahan anak dan sedikit disimpan untuk waktu kecemasan,
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis