Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, January 25, 2013

Pngawal disko mati ditembak

 GEORGE TOWN - Seorang pengawal sebuah kelab malam ditemui mati dengan kesan satu das tembakan di rusuk kiri menembusi dada selepas terlibat dalam pergaduhan melibatkan
sekumpulan lelaki di sebuah kedai alat tulis di Lorong Desa Murni, Seberang Perai Utara (SPU) di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, mangsa Fauzi Husin, 24, dilaporkan mati di tempat kejadian setelah ditembak dari jarak dekat oleh seorang daripada 10 suspek yang berada di lokasi kejadian.
Premis yang menjadi lokasi pergaduhan itu merupakan sebuah stor simpanan barang alat tulis.
Sebelum tercetus pergaduhan, mangsa dan kumpulan suspek itu dikatakan mengadakan perbincangan mengenai satu urusan perniagaan.
Menurut seorang jurucakap polis, siasatan mendapati suspek utama yang terlibat dalam pergaduhan itu merupakan lelaki berusia 31 tahun. Lelaki itu dipercayai Ketua Kongsi Gelap 24 yang menjalankan kegiatan di kawasan Bayan Lepas di sini.
Mengikut keterangan saksi, pengawal peribadi suspek itu dikatakan melepaskan tembakan ke arah mangsa.
Mangsa yang terbunuh dan suspek utama mempunyai rekod berkaitan kes dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat lelaki terbabit daripada orang awam yang menghubungi Balai Polis Sungai Dua.
Beliau berkata, pemeriksaan pasukan polis forensik di lokasi kejadian menjumpai satu kelongsong peluru dan empat kotak mercun bola yang dipercayai digunakan sebagai bahan letupan.
"Kesemua yang terlibat dalam pergaduhan itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol kerana terdapat banyak tin minuman keras ditemui di lokasi kejadian,"

Sumber

1 comment:

  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...



    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...




    Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete

ShareThis