Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, January 13, 2013

Pelajar Kolej Komuniti maut dalam kemalangan di Kampung Lubok Redan, Masjid Tanah

 ALOR GAJAH - Seorang pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh pagar dan garaj sebuah rumah di Kampung Lubok Redan, Masjid Tanah,, pagi semalam.

 dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Nadzrin Mohd Sahar, 19, sedang dalam perjalanan dari arah Masjid Tanah ke Kuala Sungai Baru sebelum kereta jenis Proton Waja yang dipercayai dipandu laju itu terbabas di kawasan selekoh.

Jurucakap polis berkata, kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebaik melalui satu selekoh sebelum meluncur laju dan merempuh tembok pagar serta garaj milik seorang pekerja Majlis Perbandaran Alor Gajah.

“Kereta mangsa kemudiannya melantun semula ke belakang dan terbalik sehingga mengakibatkan kedudukan mangsa terperosok di bahagian bumbung kereta dengan pintu pemandunya remuk teruk,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, mangsa tidak sedarkan diri dan terperangkap dalam kereta.

“Penduduk cuba mengeluarkan mangsa, namun gagal kerana pintu sebelah pemandu remuk.

“Selepas itu, mangsa yang cedera parah di seluruh anggota badan berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah sebelum dihantar ke Hospital Melaka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Pegawai Bomba Kanan 2, Roshaizad Rabu berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 3.30 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian bersama lima anggota, mangsa yang berada dalam keadaan berlipat dua akibat kedudukan kereta yang terbalik tidak sedarkan diri,” katanya.

Katanya, pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa yang berasal dari Negeri Sembilan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik dan bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya.
Pemilik rumah itu, Shamsul Abdul, 42, berkata, ketika kejadian dia sekeluarga sedang tidur dan terjaga selepas terdengar bunyi dentuman.

Menurutnya, dia yang berlari keluar dari rumah terkejut apabila melihat garaj kenderaannya sudah runtuh dan menghempap dua motosikal serta sebuah kereta jenis Proton Perdana.
“Ketika itu, kawasan rumah saya sudah dipenuhi penduduk yang cuba mengeluarkan mangsa tersepit,”
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis