Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, January 2, 2013

Parti Horey-Horey Kosmo! menggamatkan

 CERIA. Parti Horey-Horey Kosmo! 2012 yang bertemakan Colour Blocking berlangsung meriah dalam suasana penuh warna-warni di
Restoran Al-Rawsha, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur kelmarin.Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin; Ketua Pengawai Eksekutif Utusan Media Sales, Mohd. Yazid Ahmad dan Pengurus Iklan Kosmo!, Stella Abdullah.
Hampir 240 pegawai dan kakitangan Kosmo! serta tetamu menghadiri majlis berkenaan.Pada malam itu, warga Kosmo! yang disajikan dengan hidangan makanan Arab seperti nasi ayam, kambing dan roti pita turut terhibur dengan celoteh bersahaja pengacara majlis iaitu pelakon Sharifah Sakinah dan deejay stesen Muzik FM, Muazanazzudin Mohamed.Majlis makan malam itu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Aliff Aziz dan Baizura Daud yang diiringi band Bonjoza.

No comments:

Post a Comment

ShareThis