Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, January 13, 2013

Nyaris maut motosikal terbabas ke dalam longkang akibat pitam

 ALOR GAJAH - Seorang pengawal keselamatan nyaris maut setelah dia terhumban sejauh lima meter ke dalam longkang akibat gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya di Jalan Perindustrian Kelemak,

Difahamkan, mangsa, Amir Mohamad, 48, yang tinggal di sebuah kampung di Pekan Alor Gajah baru pulang dari kerja. Ketika dalam perjalanan pulang dia gagal mengimbangi motosikalnya kerana mengalami sakit kepala.
Mangsa yang menunggang Honda Ex-5 kemudiannya pitam dan terbabas ke kiri jalan.

Sumber berkata, mangsa yang menunggang seorang diri bekerja di sebuah kilang elektronik berhampiran tempat kejadian bernasib baik apabila bahagian bucu longkang berkenaan tidak mengenai kepalannya.
Difahamkan, kejadian itu disedari anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah yang kebetulan melalui jalan itu dan terlihat sebuah motosikal di kiri jalan.
“Seorang anggota JPAM kemudian berhenti di tepi jalan sambil memerhati sekitar motosikal berkenaan yang dilihat mencurigakan.
“Semasa anggota berkenaan melakukan pemeriksaan, dia ternampak selipar mangsa berada di tebing jalan.  Selepas pemeriksaan dilakukan, anggota berkenaan terkejut menemui sesusuk tubuh lelaki terlentang dalam longkang,” katanya.
Sumber itu berkata, anggota JPAM itu segera turun ke dalam longkang melihat keadaan mangsa yang mengerang kesakitan.
“Anggota berkenaan kemudian menghubungi bantuan penyelamat,” katanya. 

Sepasukan anggota penyelamat JPAM Daerah Alor Gajah yang tiba di lokasi bersama sebuah ambulans mengeluarkan mangsa yang mengadu cedera pada tulang belakang.
Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Daerah Alor Gajah, Saiful Nazmi Said berkata, ketika tiba di lokasi kejadian mangsa masih berada dalam longkang.

“Usaha menaikkan mangsa ke tebing agak sukar berikutan mangsa berbadan gempal namun dengan bantuan orang awam dia dapat dinaikkan,”
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis