Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, January 31, 2013

Mimifly (One Nation Emcees) Akan Jadi Penyanyi Solo

Satu-satunya ahli wanita dalam kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimifly meletakkan sasaran dalam tempoh dua tahun untuk melangkah sebagai penyanyi solo.

Mimifly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 27, berkata, dia sudah lama berhasrat untuk ke arah itu lebih-lebih lagi selepas merakamkan beberapa lagu untuk diperdengarkan kepada umum.
"Saya ada merancang untuk menyanyi solo, dah macam-macam lagu dirakamkan. Konsep muziknya juga sangat berbeza daripada apa yang ditampilkan oleh ONE sekarang ini di mana ia berkonsepkan 'punkrock'.
"Mungkin masanya masih belum sesuai. Dan saya memberikan tempoh sehingga dua tahun lagi, barulah Mimifly akan keluar dengan lagu-lagu solo," katanya.
Bagaimanapun, tambah Mimifly, sekiranya perancangannya itu tidak menjadi, dia mungkin akan memuat naik lagu-lagu yang dirakamkan itu ke laman YouTube untuk tatapan para peminatnya.
One Nation Emcees
Dalam pada itu, dia turut risau jika langkahnya akan mengganggu ahli-ahli kumpulannya iaitu Jojofly (Nur Hasan Balas) dan Zydee (Mohd Norzaidi Edris) daripada pelbagai sudut seperti karier dan peribadi.
"Diakui, saya agak risau juga jika pembabitan saya secara solo itu boleh merosakkan karier ONE kerana kumpulan kami belum stabil sepenuhnya.
"Sebab itu saya meletakkan sasaran dua tahun. Apa-apa pun, biar apa saja keputusan yang dibuat, saya akan setia bersama ONE, walaupun bergerak solo.
"Ini kerana, kami telah bersusah senang sejak awal pembabitan dalam industri seni muzik tempatan sehinggalah sekarang,"
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis