Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, January 30, 2013

Mayat Tercampak dari jejambat

Pengguna Jalan Kepong berhampiran Taman Desa Jaya,  terkejut apabila satu objek yang jatuh dari atas jejambat Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) ke kawasan tempat letak kereta berhampiran lokasi kejadian adalah mayat seorang lelaki.

 Mangsa, V Adrian Thrishen, 28, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan apabila terjatuh pada ketinggian 21 meter dalam kemalangan membabitkan kereta yang dipandunya dengan sebuah lori membawa muatan biskut  semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari di Kilometer 2.7 MRR2 itu, mangsa yang juga jurulatih kecergasan di sebuah gimnasium di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Melawati ke tempat kerja.
 siasatan mendapati kereta dipandu mangsa dilanggar lori berkenaan dari sisi sebelah kanan sebelum hilang kawalan. Katanya, akibat rempuhan itu kereta mangsa terbabas dan melanggar tembok sebelah kiri jalan manakala lori berkenaan terbalik menyebabkan pemandu parah.

“Siasatan awal, mangsa tercampak keluar melalui cermin hadapan keretanya yang pecah sebelum terjatuh ke kawasan tempat letak kereta di lokasi kejadian. Polis belum mengambil keterangan pemandu lori terbabit kini dilaporkan kritikal,.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis