Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, January 4, 2013

Mayat ditemui di sebalik pintu

 KOTA BHARU - “Kali terakhir saya bertemu dengannya pada Khamis lalu, tidak sangka kedatangan saya ke rumahnya berlaku tragedi apabila menemui mayat rakan baik saya ini, terbaring di sebalik pintu rumah
."Demikian kata jiran warga emas yang ditemui mati, Halimah Hussin, 88, di Kampung Mengkali, Peringat di sini petang kelmarin.

Mek Nab Talib, 75, yang tinggal berseorangan, ditemui Halimah, dalam keadaan terbaring kira-kira jam 1 petang, dipercayai mati sejak lima hari lalu.

“Pada mulanya, saya memberi salam, namun tidak dijawab lalu saya terus menjenguk melalui pintu hadapan rumahnya, khuatir dengan keadaan itu saya cuba masuk ikut pintu depan yang tidak berkunci, dan terkejut melihat keadaannya terlentang dengan bau busuk yang menyengat ke hidung.

“Saya terus dapatkan jiran tetangga yang lain dan menghubungi polis untuk mengesahkan keadaan mayatnya yang ditemui dalam keadaan sedemikian,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Halimah, rakannya sebelum ini tidak pernah mempunyai sebarang masalah penyakit kronik dan tinggal berseorangan di rumah berkenaan sejak 30 tahun lalu, selepas suami dan dan salah seorang dari dua anaknya meninggal dunia atas masalah kesihatan manakala seorang lagi anaknya berhijrah ke Pahang setelah mendirikan rumah tangga.

“Selama mengenalinya, dia tak pernah sakit teruk hanya kadangkala mengalami batuk-batuk sahaja.

“Tidak saya sangka, dalam keadaannya yang sihat beberapa hari lalu, saya dikejutkan dengan berita kematiannya dalam keadaan demikian, lagipun kali terakhir berjumpanya, saya janji untuk datang bertemu dengannya di rumah, bagi selesaikan urusan mengambil bantuan wang zakat di Balai Islam Lundang, kelmarin, namun hajat kami tidak kesampaian,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Mengikut laporan yang diterima, kematian mangsa disebabkan masalah kesihatan dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis