Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, January 30, 2013

Lihat mangsa tercampak di Kilometer 63 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi

KOTA TINGGI - "Ketika itu, saya nampak pasangan suami isteri berkenaan tercampak selepas dirempuh Perodua Myvi
sebelum kereta tersebut berpusing lalu melanggar tiang di tepi jalan."

Demikian kata seorang saksi kemalangan yang berlaku di Kilometer 63 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi berhampiran simpang ke Felda Pasak, di sini, pagi semalam.

Lydia Saleh, 30, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, dia yang melalui jalan sama selepas menghantar anaknya ke sekolah di Felda Pasak terkejut melihat kemalangan berkenaan.

Menurutnya, pasangan tersebut ketika itu hendak keluar ke jalan besar sebelum motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dari arah Kota Tinggi.

“Walaupun mereka memakai topi keledar, namun saya tidak sangka suami mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Isteri mangsa yang cedera masih sedar ketika kejadian itu, sebelum dihantar ke hospital,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Nasarudin Paino@Kamal, 38, berkata, kali terakhir dia berjumpa Allahyarham, Nazri, 35, pada minggu lalu ketika menghantar cukai jalan di rumahnya di Taman Pasak Indah, di sini.

Menurutnya, Allahyarham yang juga anak ketiga dari empat beradik itu merupakan seorang yang pendiam.

“Saya menerima panggilan daripada salah seorang kawan memberitahu adik saya terlibat dalam kemalangan dan lebih terkejut apabila dimaklumkan dia meninggal dunia di tempat kejadian.

“Saya yang tinggal di Taman Sri Saujana terus ke tempat kejadian, manakala ahli keluarga lain menunggu di hospital,
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis