Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, January 18, 2013

Lena di landasan, maut digilis kereta api

 PASIR MAS - Seorang wanita dipercayai mengalami masalah mental maut selepas dilanggar kereta api,
dekat Kampung Padang Tok La kira-kira jam 4.26 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, berdasarkan kenyataan saksi iaitu pemandu kereta api berkenaan, mangsa, Che Esah Mohamed, 53, tidur di atas landasan.

Menurutnya, meskipun siren dibunyikan beberapa kali, mangsa tidak berganjak daripada tempat kejadian.

"Berdasarkan kedudukannya yang berlunjur di atas batu manakala kepalanya di atas landasan, kita percaya mangsa tertidur di situ.

"Berdasarkan hasil bedah siasat, kepala mangsa pecah manakala tangan kanannya patah dan maut di tempat kejadian," katanya, semalam.

Beliau berkata, mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

Sementara itu, penduduk, Ku Yahya Ku Tengah, 61, berkata, dia menyedari bunyi bising di luar rumahnya, namun tidak mengesyaki sebarang kejadian tidak diingini.

"Saya dapati ramai anggota polis sedang memeriksa landasan kereta api, maka saya beranggapan mereka cuba mencari bahan bukti ketika menangkap penjenayah.

"Saya hanya mengetahui kejadian sebenar selepas subuh, apabila penduduk mengerumuni tempat kejadian," katanya, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pengkalan Pasir, Harun Daud berkata, Che Esah banyak menghabiskan masa di bandar dan semua penduduk mengenalinya.

"Sikapnya juga disenangi masyarakat kerana tidak mengganggu penduduk mahupun peniaga," katanya.

Ini merupakan kejadian kedua membabitkan kemalangan kereta api, di Pasir Mas, dalam masa sebulan.

Sebelum ini, seorang pekerja sambilan Telekom Malaysia maut selepas terpelanting akibat dilanggar kereta api dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah Pada 15 Disember lalu.

Mangsa dikatakan cuba melintas landasan sambil memegang telefon bimbit, namun tidak mendengar laungan jiran dan penduduk yang berada berdekatan.

Mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis