Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, January 13, 2013

Lelaki maut, nahas babit 5 kenderaan

 ALOR GAJAH - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 216, Lebuhraya Plus, berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat,tengah malam semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Erama Sazali Mohd Samsi, 37, memandu Perodua Alza sambil ditemani isterinya, Rosniwati Rosali, 36, yang dalam perjalanan dari Sepang ke Melaka.
Menurut sumber, beberapa minit selepas kemalangan itu berlaku, sebuah Perodua Myvi pula tiba-tiba datang dan merempuh sebuah motosikal Modenas Kriss milik seorang pelajar yang datang dari arah Shah Alam menuju ke Melaka.
Sebelum itu pelajar berkenaan memberhentikan motosikalnya di lorong kecemasan untuk membantu mengawal lalu lintas akibat kemalangan pertama.
Sumber berkata, Perodua Myvi dinaiki empat warga asing itu kemudian terbabas merempuh pembahagi dan berada dalam keadaan melintang di atas lebuh raya berkenaan.

Malang tidak berbau apabila sebuah kereta Honda City dinaiki dua rakan pula gagal mengelak Perodua Myvi tersebut lalu merempuh kenderaan itu

No comments:

Post a Comment

ShareThis