Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, January 26, 2013

Ketum dalam bonet kereta

 Cubaan seorang lelaki warga Thailand menyeludup keluar daun ketum basah seberat 25 kilogram gagal bila dia ditahan
Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Perak di Kilometer 4.5, Jalan Pengkalan Hulu-Betong, dekat sini, kelmarin.

Komander UPP Perak, Asisten Superintendan Kasturi Othman berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, suspek yang menaiki lori pikap model Isuzu dilihat berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan berhampiran pintu pagar sempadan sebelum ditahan anggota
bertugas.

Beliau berkata, seramai empat anggota diketuai Pegawai Kanan Kastam (PiKK), Junaizan Jusoh bertindak menahan lori berkenaan sebelum menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut.

“Ketika melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan itu, kami menemui 20 karung plastik daun ketum yang disusun memenuhi bonet hadapan manakala bahagian belakang kenderaan terbabit kosong.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis