Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, January 13, 2013

Kereta rempuh kereta, seorang rentung di di Jalan Lata Bayu Asam Jawa, Mukim Pulai

 BALING- Seorang lelaki India rentung di bahagian tempat depan penumpang setelah kereta yang dinaikinya terbakar  setelah merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di
Jalan Lata  Bayu Asam Jawa, Mukim Pulai kira-kira jam 2 petang, kelmarin.

Mangsa, P Vikneswara, 23, dari Ladang S.I.M.G Sungai Toh, Bedong gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran kereta itu setelah kakinya tersepit.

Manakala, pemandu dan seorang lagi penumpang kereta terbabit sempat keluar dari kenderaan tersebut dan hanya mengalami kecederaan ringan.

 kenderaan mangsa  dikatakan terhoyang-hayang sebelum merempuh sebuah kereta di hadapannya.

“Keadaan itu mengakibatkan kenderaan mangsa berpusing dan seterusnya merempuh pembahagi jalan di kawasan tersebut sebelum terbakar,” katanya kepada Sinar Harian.

Api kenderaan yang terlalu marak menggagalkan penduduk setempat untuk membantu mengeluarkan mangsa selain risau berlakunya sebarang letupan.

Sehubungan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling dikerahkan di tempat kejadian.

Mereka mengambil masa kira-kira setengah jam untuk memadam kebakaran selain mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis