Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, January 25, 2013

Kereta rempuh kedai makan

 JERTIH - Empat individu termasuk pemilik kedai nyaris maut bila
sebuah kenderaan pacuan empat roda merempuh sebuah kedai makan , petang kelmarin.

Dalam kejadian ketika hujan, jam 6 petang itu, kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia 20-an hilang kawalan, dipercayai akibat permukaan jalan licin.

Kenderaan berkenaan dikatakan berpusing beberapa kali sebelum merempuh dua meja depan kedai dan berhenti di bahagian dalam kedai tersebut.

Pemilik kedai, Zaim Mohd Hanta, 26, berkata, ketika kejadian, dia yang sedang menebar roti canai, bersama pembantu kedai dan dua pelanggan sempat menyelamatkan diri.

Menurutnya, dia bersyukur ketika itu tiada pelanggan minum di meja depan kedai kerana hujan, malah tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku.
"Saya nampak kenderaan tersebut berpusing, kemudian bahagian belakang kenderaan merempuh tiang elektrik berhampiran menyebabkan tiang itu patah, sebelum berpusing menuju ke arah kedai.

“Kenderaan itu kemudian merempuh dua meja simen, namun pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis