Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, January 4, 2013

Kereta melekat depan treler


BATU PAHAT - Seorang pemuda maut apabila kereta Toyota Vios yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 3, Jalan Batu Pahat-Muar, kira-kira jam 5.20 petang semalam.
Mangsa, Mohd Shahrein Md Nasir, 27, yang tersepit di dalam kenderaannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kesihatan di Klinik Kesihatan Bagan itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Tanjung.

Dalam kejadian berkenaan, treler terbabit dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh dua kenderaan lain," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Pemandu van yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk menerima rawatan.

Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khaled, Saif Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan berkenaan pada jam 5.40 petang.

“Enam anggota serta pegawai dikerah ke lokasi kejadian. Kami mengambil masa hampir 40 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu kereta itu,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga warung, Rubiah Yanis, 54, berkata, dia yang sedang berniaga di warung yang terletak kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian, terkejut mendengar bunyi brek kenderaan disusuli denganbunyi dentuman.

“Pada mulanya saya sangkakan ia adalah bunyi letupan namun terkejut apabila mendapati treler terbabit merempuh dua kenderaan berkenaan.

“Toyota Vios itu pula melekat pada bahagian depan treler dan diseret sejauh beberapa meter. Saya tidak berani untuk menghampiri lokasi kejadian selepas dimaklumkan oleh orang ramai pemandu kereta itu maut akibat tersepit di tempat duduk pemandu,”
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis