Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, January 26, 2013

Keluarga Rizana maafkan hukuman dipancung


COLOMBO - Ibu kepada seorang pembantu rumah Sri Lanka yang dikenakan hukuman dipancung kepala di Arab Saudi baru-baru ini berkata
, keluarganya telah memaafkan mereka yang mahu dia dihukum mati.

Bagaimanapun, Rafeena Nafeek masih mempertahankan yang anaknya Rizana Nafeek tidak bersalah berhubung kematian seorang bayi pada tahun 2005.
Kerajaan Saudi tidak dapat mengampunkan Rizana kerana ibu bapa bayi mahu dia dijatuhkan hukuman.

Ketika bayi dilaporkan mati Rizana berusia 17 tahun tetapi dia dikatakan bekerja dengan mendakwa berusia 22 tahun.

"Tidak berguna untuk salahkan sesiapa. Rizana sudah tiada," katanya kepada BBC.

"Kami hanya tahu mengenai pelaksanaan hukuman menerusi media. Mereka (Kerajaan Arab Saudi) seharusnya memaklumkan kami.

"Malah, permintaan untuk membawa jenazah dia juga ditolak," katanya lagi.

Sehubungan itu, Rafeena meminta keluarga miskin di Sri Lanka tidak lagi menghantar anak mereka bekerja sebagai pembantu rumah di Saudi.

Rizana menjalani hukuman di Dawadmy, berhampiran Riyadh selepas disabitkan kesalahan membunuh seorang bayi pada 2005.

Rizana dihukum mati pada 2007 selepas dituduh mencekik bayi berusia empat bulan, selepas bergaduh dengan ibu bayi berkenaan.
Namun Rizana mendakwa dia tidak bersalah dan bayi itu meninggal dunia akibat tersedak susu
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis