Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, January 31, 2013

Katie Price Mula Bosan lepas 11 hari Nikah

SELEPAS 11 hari mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan lelaki penari bogel Kieran Hayler, dikhabarkan Katie Price sudah bosan dengan perkahwinannya itu.

Model dan juga ahli perniagaan itu mempertahankan dirinya dengan berkata, dia mempunyai sedikit masalah dalam memilih lelaki terbaik sebagai suaminya dan perkahwinan buat kali ketiga itu bukanlah satu isu yang besar.
"Seperti biasa, pada awalnya saya selesa dengan hubungan yang dijalinkan dan selepas itu, susah untuk menggambarkan perasaan itu.
"Ini baru perkahwinan saya yang ketiga, tak perlu diperbesarkan isu ini. Joan Collins pernah berkahwin sebanyak lima kali, Liz Taylor pula lapan kali manakala Zsa Zsa Gabor sehingga sembilan perkahwinan" katanya kepada portal DigitalSpy.
Katie dan Kieran mendirikan rumah tangga pada 17 Januari lalu di kepulauan Caribbean.
Sebelum ini, Katie pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Peter Andre pada tahun 2005 hingga 2009 dan Alex Reid (2010) selama setahun.
Dia juga pernah bertunang dengan Leandro Penna pada Oktober tahun lalu
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis