Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, January 6, 2013

Juara Koreografer Shati Brdansa Musim K-3 Mninggal Dunia

 Pereka tari atau kareografer pasangan artis Sein dan Nana yang dinobatkan sebagai juara program pertandingan tarian, Sehati Berdansa Musim Ke-3 tidak lama dulu, Hafiz Untong atau Bayu, meninggal dunia.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan punca kematian kareografer berbakat tersebut.



Dalam program Sehati Berdansa Musim-3 itu, Bayu berjaya membawa pasangan Nana dan Sein memenangi hadiah sehingga RM200,000 iaitu sebuah kereta Audi A4 (1.8) , pakej bulan madu ke Rom Itali beserta trofi setelah menewaskan pasangan Sazzy dan Nazril.

Program pertandingan tarian yang disertai oleh para selebriti dan pasangan masing-masing itu adalah hasil adaptasi dari program India,

Mereka mewakili badan kebajikan masing-masing di mana setiap minggu sebanyak RM1,000 akan disumbangkan kepada badan-badan tersebut jika pasangan yang mewakilinya masih kekal di dalam program itu.



Jenazah Bayu difahamkan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung asalnya di Kelantan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

ShareThis