Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, January 19, 2013

Isteri harap suami dibebaskan

 GEORGE TOWN – Isteri salah seorang rakyat Malaysia yang menjadi tebusan kumpulan militan di sebuah loji gas di In Amenas, di gurun Sahara, selatan Algeria  berharap suaminya berada dalam keadaan selamat dan memohon agar dia segera dibebaskan.

Wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu yang mahu dikenali sebagai Mac berkata, dia sentiasa bimbangkan keselamatan suaminya, K. Ravi, 48, yang mungkin menjadi mangsa tindakan ganas pihak militan yang turut menahan puluhan pekerja loji gas itu.
Ketika dihubungi di sini semalam, Mac memberitahu, kali terakhir Ravi membuat panggilan telefon ialah pada Rabu lalu bagi menceritakan suasana bekerja sebagai jurutera di situ sambil bertanyakan khabar dua anak mereka.
Mac yang ditemui di Bukit Jambul di sini hanya mengetahui insiden serangan ke atas kemudahan gas itu menerusi siaran berita televisyen sebelum dihubungi kakitangan Wisma Putra bagi mengesahkan Ravi adalah antara mangsa yang dijadikan tebusan.
Menurut Mac, suaminya baru dua bulan bekerja di loji gas itu setelah dihantar majikannya, JGC Corp, sebuah syarikat pengeluaran gas dan minyak berpangkalan di Singapura.

No comments:

Post a Comment

ShareThis