Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, January 30, 2013

Iran hantar monyet ke angkasa lepas


TEHERAN -
 Iran semalam menghantar sebuah kapsul yang mengandungi monyet hidup ke angkasa lepas, lapor saluran televisyen berbahasa Arab, Al-Alam

Sebelum ini, beberapa percubaan republik Islam tersebut untuk menghantar monyet ke angkasa lepas menemui kegagalan.
"Iran berjaya melancarkan sebuah kapsul dengan kod nama Pishgam yang mengandungi seekor monyet," kata satu kenyataan daripada sebuah jabatan angkasa aeroangkasa di Kementerian Pertahanan.
Monyet itu dilaporkan kembali ke Bumi dengan selamat.
Laporan tersebut tidak menyatakan lokasi kapsul berkenaan dilancarkan.
Agensi berita Fars melaporkan bahawa monyet itu dihantar dengan kapsul yang dibawa roket Kavoshgar.
Roket berkenaan bergerak pada ketinggian lebih 120 kilometer.
Pada tahun 2011, Iran mengumumkan ia akan menghantar monyet ke angkasa lepas.
Negara-negara Barat bimbang teknologi balistik yang dimiliki Iran akan menyebabkan ia mampu melancarkan kepala peledak nuklear.
Bagaimanapun, Iran menafikan dakwaan itu dengan menyatakan ia digunakan untuk tujuan keamanan.

No comments:

Post a Comment

ShareThis