Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, January 31, 2013

Imam maut bergesel lori pasir di Kampung Kota Mengkuang


WANG TEPUS 
 Seorang imam maut apabila motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah lori dari arah yang sama di Kampung Kota Mengkuang,
 
  Dalam kejadian, kira-kira jam 7.30 pagi itu, imam Masjid Wang Tepus, Abdul Halim Tahir, 63, menunggang motosikal sejenis Honda Wave dalam perjalanan untuk ke pejabat agama daerah Kubang Pasu sebelum bergesel dengan sebuah lori muatan pasir sehingga terbabas ke bahu jalan.

Saksi kejadian, Kaman Kasa, 43, berkata, sebelum kejadian dia yang mengekori lori itu mendapati pemandunya cuba memotong motosikal mangsa tetapi gagal apabila terdapat kenderaan datang dari arah bertentangan.

Menurutnya, kegagalan pemandu berkenaan memintas motosikal mangsa menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah.

"Pemandu lori itu juga cuba melarikan diri sebaik menyedari telah melanggar mangsa, tetapi saya sempat mengejar dan menahannya," katanya

Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan.

Sempat beri amanat terakhir

Kejadian kemalangan berkenaan, memberi kesan kepada anak mangsa, Naimah, 29, kerana kali terakhir dia bertemu dengan ayahnya adalah  pada Jumaat lalu.
 mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

 sebelum pemergiannya, ayah sempat berpesan kepada mereka adik beradik supaya menjaga diri dan ibu baik-baik. mangsa yang menunggang motosikal dihimpit lori  itu sebelum terbabas dan menyebabkannya terseret hampir 20 meter.

 pemandu terbabit dipercayai cuba memotong mangsa dari arah yang sama dan kemungkinan disebabkan kawasan itu agak berbukit menyebabkan lori menjadi sedikit laju.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital kira-kira jam 11.50 pagi akibat cedera parah di  pinggang dan kepala.

“Pemandu yang berusia lewat 20-an itu pula direman untuk siasatan lanju
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis