Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, January 26, 2013

Ibu tunggal dicaci

DUNGUN - “Saya sedih orang fitnah saya macam-macam, saya bukan buat apa, cuma minta bantuan rumah. Salahkah saya buat begitu?
Saya masuk Sinar Harian pun sebab saya tiada pilihan, nak harapkan bantuan mereka, tanya khabar pun tidak, usahkan hendak bantu kita."

Demikian luahan Siti Azma Mohd Zin, 34, ibu tunggal yang terpaksa menjalani kehidupan dalam keadaan amat daif di sebuah rumah kotak berdindingkan papan lapis terbuang berdekatan Kampung Limbong, Paka.

Siti Azma yang kini buntu memikirkan nasib malangnya itu berkata, dia benar-benar kecewa dengan segelintir individu yang mencemuhnya apabila menceritakan masalahnya itu melalui akhbar.

  menyiarkan kisahnya dalam akhbar ini merupakan jalan terakhir buatnya mendapatkan perhatian daripada pihak berwajib setelah usahanya memperoleh bantuan melalui saluran tertentu menemui jalan buntu berikutan pelbagai masalah birokrasi.

  sebagai wanita berstatus ibu tunggal, dia juga rasa malu menyiarkan kisahnya dalam akhbar kerana mungkin disalah erti pihak tertentu.

Namun selepas dia puas berikhtiar, dia memikirkan hanya melalui akhbar sahajalah dia dapat menyatakan kebenaran.

“Semua yang saya cerita dalam surat khabar tempoh hari adalah benar, ia bukan direka-reka, buat apa saya hendak bercakap bohong.

“Kalau sesiapa tidak percaya, mereka boleh datang tengok keadaan saya dan melihat kebenarannya. Tetapi setakat ini, orang yang mungkin sepatutnya tanya khabar tidak nampak batang hidung lagi, sebaliknya saya dituduh macam-macam, bukan nak bantu
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis