Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, January 29, 2013

Filem 'Juvana' Kutip RM1.7 Juta Empat Hari Tayangan

Hanya dalam masa empat hari, filem Juvana yang ditayangkan sejak 24 Januari lalu berjaya menarik perhatian penonton bila
kutipan tiketnya telah mencapai sehingga RM1.7 juta.
Menurut penerbitnya, Kabir Bhatia, Juvana memberi perkembangan positif bagi tahun ini selepas kemerosotan kutipan filem-filem tempatan pada tahun lalu.
“Ramai yang bertanya tentang sambungannya ini selepas menonton di pawagam dan bagi kami segala-galahnya bergantung kepada sambutan filem ini terlebih dahulu.
"Sekiranya sambutannya bagus, mungkin akan ada sekuel Juvana. Kami harapkan lebih ramai yang akan ke pawagam kerana filem ini sangat berbaloi untuk ditonton,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Isnin.
Kabir Bhatia
Tambah Kabir, promosi Juvana di media cetak dan elektronik masih lagi diteruskan bagi membolehkan lebih ramai penonton ke pawagam selain rangka promosi melibatkan pelakon dan peminat di beberapa lokasi terpilih.
Dalam pada itu, filem kerjasama antara Juita Viden Sdn. Bhd dan Filmscape Sdn. Bhd arahan Faisal Ishak ini diyakini mampu mencatat kutipan lebih tinggi pada minggu ini berdasarkan kepada sambutan empat hari tayangan.
"Lakonan mantap barisan pelakon juga mendapat pujian daripada penonton sehinggakan ada yang begitu teruja dengan menontonnya di pawagam sebanyak tiga kali.
"Terdapat permintaan daripada penonton yang mahukan filem ini disambung lagi," kata Kabir.
Sharnaaz menerusi watak Lan Todak berjaya membawa watak antagonis tersebut dengan cukup baik dan berkesan.
Juvana yang merupakan kesinambungan daripada drama bersiri Juvana siaran TV3 itu dibarisi pelakon Johan As’ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad dan Syafie Naswip.
Filem genre aksi ini memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim yang terpaksa dipindahkan ke sebuah akhlak baru selepas seokolah Wira Bakti ditutup.
Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya.
Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis