Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, January 25, 2013

Dua maut dirempuh lori

 KLANG SELATAN - Dua penunggang motosikal maut dalam kejadian berasingan setelah mereka dipercayai dirempuh lori dari arah belakang.
kejadian pertama Muhamad Dzulqarnain Muhamad Jalaluddin, 18, dari Pangsapuri Sri Proton, Jalan Kebun menemui ajalnya kira-kira jam 7.30 di Batu 4 Jalan Kampung Jawa.

"Dalam insiden itu, mangsa dipercayai dari arah Kampung Jawa menghala Bulatan Jalan Kebun dalam perjalanan ke tempat kerja memintas lori di garisan berkembar sebelum masuk semula ke laluan asal.

"Lori yang dipintas kemudiannya dipercayai merempuh motosikal mangsa hingga ia hilang kawalan lalu tercampak. Mangsa cedera parah di perut meninggal dunia serta merta,"
.Satu lagi kemalangan maut berlaku lapan jam kemudian di Jalan Pelabuhan Utara sekitar jam 3.30 petang melibatkan penunggang motosikal, Mohd Sabri Nadzri, 35 dari Taman Putra Perdana Puchong.

"Mangsa dipercayai dari arah Pelabuhan Utara menghala ke Klang dipercayai dirempuh lori di laluan sama dari arah belakang.

"Rempuhan menyebabkan mangsa terseret kira-kira 10 meter dan cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian,
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis