Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, January 29, 2013

Dua kereta bertembung di jalan Masjid Tanah - Durian Daun


ALOR GAJAH 
 Seorang wanita nyaris maut selepas kereta Toyota Vios yang dipandu hilang kawalan hingga memasuki laluan bertentangan
di jalan Masjid Tanah - Durian Daun, berhampiran Kampung Empangan Batu,  kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa, Juliza Rahmat, 39, dari arah Lendu menuju ke pekan Masjid Tanah hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki empat sekeluarga dari arah bertentangan.

  kereta dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan sebaik sahaja melalui satu selekoh berbahaya sebelum muncul Myvi dipercayai dalam perjalanan ke Tol Simpang Ampat.

“Akibat gagal masuk ke laluan sebenar kereta dipandu mangsa berpusing beberapa kali dan terhenti di laluan bertentangan sementara Perodua Myvi berkenaan terbabas ke kiri jalan dan merempuh tebing longkang.

“Perodua Myvi berkenaan tersangkut pada tebing longkang sebelum kesemua mangsa dibantu penduduk berdekatan keluar dari kereta,” katanya.

  mangsa yang memandu Toyota Vios dilihat tergamam seketika sebelum memberanikan diri keluar dari kereta.

“Sementara mangsa empat sekeluarga tadi berada dalam keadaan sedar namun, seorang wanita dari kereta Myvi mengalami kecederaan di bahagian kepala
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis