Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, January 31, 2013

Dua dijel bunuh kekasih adik

ALOR SETAR -
 Dua beradik lelaki terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 16 tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian seorang kenalan mereka gara-gara pergaduhan melalui laman sosial Facebook
pada dua tahun lalu.
Mohamad Razif Arshad, 27, dan adiknya, Mohamad Rafik, 22, mengaku bersalah atas tuduhan itu selepas pihak pendakwaan menawarkan tuduhan pilihan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun
Sebelum itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 29 Julai 2011.
Razif dan Rafik mengaku bersalah menyebabkan kematian Mohd. Amran Ramli, 20, di persimpangan Jalan Lobak 15, Taman Lobak Indah, Lunas di Kulim dekat sini pada pukul 8.30 malam 29 Julai 2011

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis