Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, January 30, 2013

Dirempuh kereta dinaiki polis


EMPOL
Dua warga emas maut dalam kemalangan berasingan, pagi semalam
.Kejadian pertama, melibatkan seorang warga emas maut dalam nahas membabitkan motosikal dengan kenderaan dinaiki tiga polis di Kilometer 16 Jalan Bahau-Rompin, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 6.55 pagi itu, mangsa, Chan Nyok Ming, 71, sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Rompin menuju ke kebunnya.
  sebaik sampai di lokasi kejadian, mangsa tiba-tiba membuat pusingan U kerana dia terlepas laluan masuk ke kebunnya.

Menurutnya, waktu itu, sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah sama yang dinaiki tiga anggota dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal mangsa.

“Mangsa maut di lokasi kejadian selepas terjatuh di tengah jalan akibat kecederaan parah pada anggota badannya. Manakala, tiga anggota terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa yang berasal dari Rumah Rakyat Rompin itu dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya, tengah hari semalam.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang pejalan kaki yang juga warga emas, N Sorojini, 66, meninggal dunia di Hospital Jempol beberapa jam selepas terlibat kemalangan di Kilometer 17 Jalan Bahau-Kemayan, pagi semalam.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 7.20 pagi itu, mangsa dirempuh sebuah van jenis Toyota dari arah Kemayan ketika hendak melintas jalan.

Hamzah berkata, akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan pada badannya dan dikejarkan ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.15 pagi
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis