Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, January 29, 2013

Didie Alias Enggan Layan Jadi Punca Konflik Max 24:7


 Pelawak dan pengacara Didie Alias akan membuat penjelasan dalam satu sidang media khas sekiranya perlu selepas dituduh menjadi punca konflik antara
kumpulan Max 24:7 dengan pihak pengurusan mereka.
Pemilik nama sebenar Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, dia akan memberikan penjelasan kemudian kerana beranggapan isu tersebut hanyalah satu publisiti murah yang hendak diraih oleh bekas pengurusan kumpulan itu, Aesar Mustafa.
“Minta maaf saya tidak mahu beri apa-apa komen lanjut mengenai dakwaan ini. Siapa dia (Aesar) untuk saya beri komen mengenai perkara ini?
“Tunggu saya adakan sidang media nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Isnin.
Dakwaan terbaharu itu timbul apabila pelawak popular berkenaan dituduh menjadi punca kerana mempengaruhi Max 24:7 berundur daripada pihak pengurusan mereka pada 20 Januari lalu.
Kumpulan Max 24:7 dianggap bekas pengurus sebagai lupa diri dan terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mempunyai agenda tertentu.
Ditanya mengenai dakwaan Aesar bahawa Didie adalah penyebab kumpulan yang ditubuhkannya itu meninggalkan syarikat pengurusannya, pelawak itu berkata, tuduhan itu tidak berbaloi untuk dilayan.
“Saya tidak mahu melayan perkara ini kerana ia tidak berbaloi,” katanya yang baharu menamatkan penggambaran drama bersiri Tanggang Ayu.
Dalam pada itu, bekas pengurus Max 24:7, Aesar Mustafa berkata, dia berasa terkilan dan tidak sangka dengan tindakan luar jangkaan 10 anak muda itu yang berundur tanpa alasan kukuh.
“Saya tidak sangka dan terkilan dengan keputusan mereka sedangkan konflik dalaman antara kami sebelum ini sudah diselesaikan, dua minggu lalu.
“Tiba-tiba seminggu kemudian mereka sebulat suara hendak undur diri dengan alasan mahu menguruskan kerjaya sendiri,” katanya.
Aesar terkilan Max 24:7 menarik diri daripada pengurusannya tanpa alasan yang kukuh pada 20 Januari lalu.
Aesar berkata, dia percaya keputusan mengejut itu dipengaruhi anasir luar termasuk beberapa individu iaitu pereka fesyen dan pemandu kumpulan itu serta Didie Alias.
Katanya, kumpulan itu mula bertindak berani sejak mereka dan Didie bekerjasama dalam projek lagu terbaharu berjudul Ping.
“Saya tertanya-tanya siapa pula yang hasut mereka sedangkan kita sudah bermaaf-maafan dan selesaikan salah faham dahulu secara baik.
“Tentu ada unsur-unsur luar yang cuba ‘merampas’ mereka atas kepentingan tertentu walaupun mereka menafikannya
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis