Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, January 25, 2013

Dia suruh kami makan dulu'

MELAKA - Misteri kehilangan seorang pekerja kilang sejak Jumaat lalu akhirnya terjawab bila

 mayatnya ditemui lengkap berpakaian di Sungai Malim, Batu Berendam, di sini petang kelmarin.

Bui Val Sau, 24, seorang warga Vietnam ditemui seorang lelaki yang mahu menjala ikan kira-kira 6.30 petang, di sungai berhampiran Pasar Borong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) .

Menurut rakan serumah mangsa, Mai Thi Dong, 26, mangsa tidak pulang ke rumah selepas keluar kira-kira 8 malam untuk ke pasar malam Taman Merdeka.

“Dia mahu membeli sayur di sana. Sebelum keluar, dia sempat berpesan supaya kami makan dahulu dan tidak perlu menunggunya balik.

“Bagaimanapun, sehingga 9.30 malam, dia tidak juga pulang. Dalam 11.30 malam, kita cuba hubungi dia, tapi panggilan tidak berjawab," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, kelmarin.

Thi Dong berkata, dia bertambah bimbang apabila talian telefon mangsa gagal dihubungi selepas itu.

“Saya cuba menelefonnya sehingga jam 1 pagi tetapi tidak berjaya dan kebiasaannya sekiranya tidak menjawab panggilan dia akan menelefon saya semula,
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis