Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, January 30, 2013

Bomoh Panji Langit didakwa miliki senjata

JASIN –
 Seorang lelaki dipercayai bomoh yang disyaki terlibat menyebar ajaran sesat Panji Langit dihadapkan ke Mahkamah Majistret
atas tuduhan memiliki senjata api tiruan dan senjata berbahaya.
Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Jaffar Robani (gambar), 46, dari Asahan di sini tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang didakwa ke atasnya di hadapan Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu 29 bilah pedang, 11 bilah parang, tiga bilah pisau dan sebilah lembing di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Chabau di sini pada pukul 4.30 petang 5 Januari lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki empat pucuk pistol tiruan dan selaras senapang tiruan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung sama pada pukul 5.30 petang, 7 Januari lalu.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment

ShareThis