Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, January 6, 2013

Bittersweet jlajah India

 GRUP yang sudah muncul dengan dua buah album ini mula ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Herri dan Zabil. Berteraskan minat yang likat dalam muzik, dua kepala ini bergabung di atas nama Bittersweet dan muncul dengan sebuah EP dengan lagu Something Much Greater (2005) dan Night and Morning Tales (2005). Awalnya mereka hanya suka-suka
.Mengukuhkan lagu kekuatan formasi grup, Pijie (vokal/tamborin), Hafiez (gitar), Emai (keyboard/synths), Dinie (bass) dan pemuzik undangan, Alang sebagai pemain drum melengkapkan Bittersweet. Mereka kemudian muncul kali pertama di Paul's Place pada Ogos 2004 dan mula mengumpulkan peminat.
Bergerak secara bebas, single dengan judul A Perfect Match yang diluncurkan pada Jun 2006 menjadi senjata utama Bittersweet kepada padang pendengaran khalayak. Lagu ini kemudian mendapat respons yang baik dan impresif daripada pihak stesen radio dan para peminat khususnya.
Album perdana dengan tajuk A Perfect Match kemudian menjadi taruhan utama mereka pada penghujung tahun 2006. Album ini telah dirakamkan di 101 Studio setelah melalui proses kreatif selama dua minggu.
Mengalir pengaruh British pop/rock dalam jiwa mereka, nama Bittersweet sendiri diambil sempena salah sebuah lagu nyanyian grup The Verve kelahiran Wigan, England iaitu lagu Bittersweet Symphony.
Mereka muncul dengan album kedua yang bertajuk Empire's Transition yang mengandungi 13 buah lagu pada 2011.
Kini perjalanan Bittersweet bukan sekadar di tanah sendiri. Berbariskan Herri (gitar utama), Moon (gitar rhytm), Emai (keyboard), Erfan Iskandar (drum), Afiq (bass), dan Fizan (vokal), gabungan anggota lapisan lama dan baharu, perjalanan Bittersweet sudah melangkah jauh ke luar tanah air.
Buktinya, grup berasal dari Perak ini bakal berangkat ke Chennai, India untuk membuat persembahan di Festival Muzik Saarang 2013 pada 7 hingga 13 Januari ini.
Saarang ialah festival budaya yang diadakan setiap tahun dan merupakan salah sebuah festival muzik terbesar di India. Festival ini berlandaskan platform pameran kreativiti dan tenaga untuk para belia yang mempunyai produk yang baik.
Festival ini merupakan pentas permainan nama-nama besar seperti Shankar-Ehsan-Loy, Vishal-Shekhar, Sonu Niigam, Kay Kay, Shaan dan Zakir Hussain. Grup seperti Pain of Salvation, Opeth, Hammerfall dan Vidharta juga turut membuat persembahan di acara yang sama.
"Kamal Hasan, Shriya Saran, Gautham Menon, Shashu Tharoor dan Arun Shourie ialah nama-nama yang bakal memeriahkan festival ini. Ini diikuti dengan persembahan oleh Me and My Drummer dari Jerman, Jay Hoad dari Australia, Anathema dari United Kingdom dan kami, dari Malaysia," ujar anggota Bittersweet beberapa hari sebelum terbang ke Chennai.
"Kami akan beraksi selama sejam 30 minit pada festival itu nanti. Sudah tentu perasaan teruja ada dalam diri kami kerana dapat melakukan persembahan di salah sebuah festival budaya terbesar di India. Perbelanjaan kami ke sana ditaja oleh History Records," ujar mereka bersama.

No comments:

Post a Comment

ShareThis