Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, January 30, 2013

Bekas tentera maut nahas di Jalan Muar-Bakri

MUAR – Seorang warga emas maut selepas terbabit dalam nahas jalan raya yang membabitkan dua motosikal di
Jalan Muar-Bakri berhampiran persimpangan Jalan Dato’ Haji Kosai, Bakri di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.25 pagi itu,  pesara tentera, Yatim Shrani, 65, dari Kampung Parit Bakar Darat, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mangsa yang sendirian menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dikatakan baru keluar dari persimpangan Jalan Dato’ Haji Kosai menghala ke bandar Muar.
Setibanya di tempat kejadian, motosikal ditunggangi warga emas itu terbabit dalam kemalangan dengan motosikal lain yang datang dari arah Bakri menghala ke bandar Muar.
Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua penunggang motosikal terjatuh dan  meragut nyawa warga emas terbabit.
Manakala seorang lagi mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC terselamat dan dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, kerana mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian  anggota badan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis