Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, January 28, 2013

Bayi maut tercampak di Kilometer 228.6 Lebuhraya Utara - Selatan

Seorang bayi perempuan berusia setahun 5 bulan maut selepas kenderaan yang dipandu bapanya terbabit dalam kemalangan
di Kilometer 228.6 Lebuhraya Utara - Selatan,  semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, Nur Syakila Abdul Hashim, disahkan maut kira-kira 11 pagi di Hospital Alor Gajah, selepas tercampak atas jalan.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila salah sebuah tayar kereta jenis Honda CRV yang dinaiki enam sekeluarga itu pecah.

Bapanya yang kini berstatus penduduk tetap (PR), Abdul Hashim Murtaza, 42, berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Pasar Borong, Serdang ke rumah kongsi di MITC, Ayer Keroh, Melaka bagi meraikan sambutan Maulidur Rasul bersama pekerja lain yang dijadualkan berlangsung selepas solat Maghrib semalam.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar sebelah kanan belakang meletup. Saya gagal mengawal kenderaan lalu kereta yang pada mulanya dipandu di laluan tengah terbabas melanggar pengadang jalan sebelah kiri," katanya.

Menurutnya, anaknya yang sedang tidur di pangkuan isterinya, Nor Zaifa Sarifudin, 27, tercampak keluar dari tingkap yang terbuka.

“Sebaik kereta terhenti, isteri saya cepat-cepat keluar dari kereta dan mengambil anak kami yang tercampak dalam keadaan tertangkup di tengah jalan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), di sini, semalam.

Hashim berkata, pada masa itu, anaknya tidak memberikan sebarang reaksi termasuk tidak menangis dan terdapat darah mengalir dari telinga anaknya.

Kemalangan itu turut menyebabkan adiknya, Namra, 29, dan seorang lagi anaknya, Nur Melia Liana, 6, cedera, dan kini masih dirawat di hospital.

Sementara itu, menurut Hashim, sejak dari kelmarin, anaknya itu gemar memakai tudung berwarna putih hitam sehingga tidak mahu menanggalkannya.

Malah, katanya, sebaik bangun dari tidur dan bersiap untuk ke pasar, anaknya mahu memakai kembali tudung berkenaan.

Bayi berkenaan dikebumikan berhampiran penempatan keluarga berkenaan di Puchong Putra Perdana,
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis